Friday, January 15, 2010

Peranan AJK KRT Jalan Laksamana

AJK yang tidak dapat hadir semasa Mesyuarat AJK hendaklah memberitahu sebab-sebabnya kepada Pengerusi atau Setiausaha secara lisan atau bertulis


Pengerusi

1. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab ke atas

kelancaran perjalanan mesyuarat (2 bulan sekali).
2. Merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti muhibbah, perpaduan, kejiranan dan sebagainya.
3. Mempastikan bahawa aktiviti-aktiviti Jawatankuasa dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
4. Boleh menandatangani pengeluaran wang daripada akaun bank bersama Bendahari.
5. Boleh meluluskan bersama Bendahari perbelanjaan yang tidak melebihi RM200.00 tetapi perlu

dilaporkan kemudian kepada Mesyuarat JKRT untuk disahkan.
6. Bertanggungjawab membentangkan semua anggaran perbelanjaan yang melebihi RM200.00

untuk kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Rukun Tetangga sebelum melakukan

perbelanjaan.
7. Boleh menandatangani baucer bayaran untuk sebarang pengeluaran wang dari bank untuk tujuan

pembayaran.
8 Bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan bulanan dan tahunan yang

disediakan oleh Bendahari.

Timbalan Pengerusi

1. Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugasnya.
2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa (semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan

Pengerusi, ahli-ahli yang hadir hendaklah melantik dikalangan mereka seorang

PENGERUSI SEMENTARA.

Setiausaha

1. Bekerjasama rapat dengan Pengerusi.
2. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa dari semasa ke semasa bila difikirkan perlu.
3. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan salinan minit itu untuk makluman dan/atau tindakan

Ahli-ahli jawatankuasa.
4. Menguruskan surat-surat dan pentadbiran am.
5. Menarik perhatian Pengerusi Jawatankuasa mengenai perkara-perkara penting yang mungkin

berbangkit dari masa ke semasa.
6. Membantu Pengerusi merancang kegiatan-kegiatan RT.
7. Mengawasi pelaksanaan kegiatan-kegiatan RT.
8. Boleh mengeluarkan resit bagi terimaan wang/cek ketika ketiadaan Bendahari.
9. Bertanggungjawab semasa ketiadaan Bendahari; memasukkan wang/cek yang diterima ke dalam

akaun bank dan mempastikan cek dimasukkan ke dalam akaun bank sebelum tempoh lakunya luput.
10. Boleh menandatangani pengeluaran wang daripada akaun bank bersama Bendahari.
11. Boleh meluluskan bersama Bendahari perbelanjaan yang tidak melebihi RM200.00 tetapi perlu

dilaporkan kemudian kepada Mesyuarat Jawatankuasa RT untuk disahkan.
12. Bertanggungjawab membentangkan semua anggaran perbelanjaan melebihi RM200.00

untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa RT sebelum melakukan perbelanjaan.
13. Boleh menandatangani baucer bayaran untuk sebarang pengeluaran dari bank atau untuk tujuan

pembayaran.
14. Bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan bulanan dan tahunan

yang disediakan oleh Bendahari.
15. Bertanggungjawab mengendalikan rekod harta benda/inventori dan stok barang-barang RT.
16. Bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak bank dan pihak-pihak lain yang berkenaan

apabila terdapat perubahan atau penggantian samada PENGERUSI/ SETIAUSAHA/ BENDAHARI dalam AJK KRT.

Penolong Setiausaha

1. Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya termasuk pentadbiran am.

Bendahari

1. Hendaklah bertanggungjawab ke atas pentadbiran kewangan Jawatankuasa.
2. Bertanggungjawab mengeluarkan resit bagi terimaan wang/cek.
3. Boleh menyimpan wang dalam tangan tidak melebihi daripada RM200.00 untuk

perbelanjaan-perbelanjaan kecil dan kecemasan.
4. Bertanggungjawab memasukkan semua wang/cek yang diterima dalam akaun bank dan

memastikan cek dimasukkan dalam bank sebelum tempoh lakunya luput

5. Menjadi penandatangan wajib apabila dalam sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank

samada bersama Pengerusi atau Setiausaha.

6. Bertanggungjawab menyediakan dan menandatangani baucer untuk sebarang pengeluaran wang

dari bank atau untuk tujuan pembayaran.
7. Menyelenggarakan rekod kewangan seperti buku tunai, resit, baucer bayaran/bil, buku cek,

penyata bank, dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
8 Bertanggungjawab menyediakan dan mengemukakan penyata bulanan tentang penerimaan dan

perbelanjaan wang RT kepada Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebelum 15

haribulan, bulan berikutnya.
9. Bertanggungjawab melaporkan kedudukan kewangan KRT setiap kali mesyuarat diadakan.
10. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Perbelanjaan Tahunan dan membentangkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga setelah diaudit oleh Jawatankuasa Audit

Dalaman.

AJK KRT

1. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa.
2. Memberi idea-idea bernas /konstruktif dan membina bagi memantapkan pelaksanaan aktiviti-

aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan.
3. Mempunyai hubungan yang rapat dan baik di kalangan ahli dan mampu memberi perkhidmatan

sukarela yang baik di dalam masyarakat.
4. Turut terlibat secara langsung di dalam mempastikan kejayaan pelaksanaan Jiran Wanita,

Jiran Muda, Jiran Usia Emas, program-program Tunas Jiran serta Biro-biro Kecil di dalam

Kawasan Rukun Tetangga.

Peranan AM

1. Ahli-ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga sebagai contoh untuk ahli-ahli masyarakat.
2. Memiliki nilai-nilai kepimpinan.
3. Berkaliber, efisyen dan berdedikasi.
4. Mengetahui segala maklumat/ aspek di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
5. ALERT dengan apa yang berlaku di dalam KRT.
6. Hubungan yang baik dengan semua NGO yang wujud di dalam KRT.
7. Hubungan yang baik dengan Jabatan-jabatan Kerajaan.
8. Mempunyai 'strength' dan 'team work'.
9. Cekap untuk menggunakan sumber yang sedia ada untuk merancang strategi bagi melaksanakan

aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat dan kebaikan kepada ahli-ahli masyarakat.


0 comments:

Post a Comment